Semantik, pragmatik dan leksikografl

Pengarang

Abstrak

Leksikografi, iaitu ilmu yang berkaitan dengan penyusunan kamus merupakan salah satu bidang yang memerlukan penerapan ilmu linguistik. Makna menjadi nadi kamus. Jika berbicara mengenai makna, kita tidak boleh lari daripada membincangkan ilmu semantik dan pragmatik. Penerapan kedua-dua ilmu ini akan banyak membantu menyelesaikan masalah definisi makna secara amnya dan kelingkaran makna khususnya dalam kamus. Kelingkaran makna bukan sahaja gagal memberikan makna yang diperlukan, malah membosankan pengguna kamus. Makna yang diberikan saling merujuk makna yang satu. Contohnya, jika genus paras rupa yang berperanggukan cantik, lawa, jelita, manis, anggun, tampan, segak mempunyai makna yang berlingkar - cantik makna lawa, dan lawa makna cantik, dan seterusnya, maka pengguna akan gagal menikmati keperincian kosa kata Melayu. Pengguna bahasa juga tidak dapat membezakan darjah kecantikan antara kosa kata tersebut. Makalah ini memperlihatkan kelingkaran makna dengan terperinci serta cara-cara masalah ini dapat diatasi dengan pendekatan ilmu semantik dan pragmatik.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2001-09-03