Komponen-komponen komunikatif dalam karangan bahasa Melayu sekolah menengah
Abstrak
Makalah ini melaporkan hasil kajian penerokaan kecekapan komunikatif dalam karangan bahasa Melayu peringkat sekolah menengah. Secara khusus, kajian bertujuan untuk mengenal pasti komponen-komponen komunikatif dalam karangan (perlakuan), iaitu bentuk autentik bagi menilai kecekapan komunikatif. Kajian ini menerapkan idea komunikatif Hymes dalam penaksiran kefasihan berbahasa, khususnya kefasihan mengarang melalui penggunaan sebuah model komunikatif dan sebuah model wacana. Data kajian dikumpul melalaui sampel tiga jenis karangan, iaitu penerangan, pemujukan, dan pelahiran. Statistik analisis faktor digunakan untuk menganalisis data. Kajian telah menunjukkan kehadiran komponen sosiolinguistik, wacana, dan tatabahasa dalam ketiga-tiga jenis karangan. Setiap komponen mempunyai subkomponen-subkomponennya sendiri yang memperlihatkan penyesuaian model komunikatif yang digunakan. Tatabahasa merupakan varian utama kecekapan komunikatif dalam ketiga-tiga jenis karangan. Dalam karangan penerangan dan pemujukan, susunan variannya ialah tatabahasa, wacana, dan sosiolinguistik. Sebaliknya, dalam karangan pelahiran susunan variannya ialah tatabahasa, sosiolinguistik, dan wacana.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
