Bahasa sejarah Melayu: satu perbincangan mengenai bahasa dan ketokohan bahasa pengarangnya

Pengarang

  • Asmah Haji Omar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstrak

BAHASA Sejarah Melayu bahasa kesusasteraan tinggi, yakni bahasa yang indah yang dihasilkan dengan menjalinkan unsur-unsur bahasa yang ada dalam irama yang harmonis yang pada masa yang sama menimbulkan gambaran yangjelas pada persepsi pembaca. Ciri ini tentu sahaja terletak pada kewibawaan pengarang menggunakan daya ciptanya dalam menyampaikan cerita yang bersepadu yang disertai dengan ideaideanya sendiri. Dari penggunaan bahasa dan wacana Sejarah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pengarangnya dari kalangan istana, dan dapat memahami kitabkitab Arab. Di samping itu dia seorang intelektual dalam zamannya, dan juga seorang yang mempunyai sense of humour.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2001-09-03