Sarana sintesis dan analitis dalam tatabahasa Melayu
Abstrak
Kepelbagaian imbuhan merupakan salah satu ciri bahasa Melayu. Pengimbuhan bahasa Melayu bersifat aglutinasi, khusus jenis Indonesia. Pengulangan morfem dan perkataan pula memainkan peranan yang produktif dalam perkembangan morfologi, kerana imbuhan aglutinatif digunakan untuk menerbitkan leksem baharu. Dalam makalah ini penulis cuba menunjukkan bahawa pengulangan morfem dan perkataan bukanlah semata-mata ciri bahasa Melayu, malah ciri bahasa Austronesia dan bahasa yang digunakan di Indocina.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
