Perubahan morfologi dalam tiga edisi Kamus Dewan
Abstrak
Makalah ini memaparkan kajian tentang perubahan morfologi tatabahasa dalam bahasa Melayu dengan menganalisis tiga edisi Kamus Dewan (1970, 1984, 1994). Aspek morfologi secara khusus dalam makalah ini melibatkan pengimbuhan memper-kan dengan kata akar yang tergolong dalam kelas kata adjektif. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan itu bukan didorong oleh perkembangan bahasa, tetapi disebabkan oleh pematuhan kepada tatabahasa preskriptif dalam Tatabahasa Dewan (Nik Safiah, 1997) yang menyatakan bahawa ciri kelewahan tidak dibenarkan dalam bahasa Melayu. Namun demikian, berdasarkan data kajian, unsur kelewahan begitu banyak dalam bahasa Melayu. Justeru, kewujudannya merupakan sebahagian daripada tatabahasa bahasa Melayu. Kelewahan mempunyai fungsi tatabahasa, iaitu untuk menegaskan maklumat bahasa yang ingin disampaikan. Sekiranya kelewahan diterima sebagai sebahagian daripada aspek tatabahasa bahasa Melayu, maka perubahan preskriptif yang dilakukan ke atas Kamus Dewan perlu diteliti dan difikir semula.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
