Yang dan transformasi nominal dan wacana sebelum abad ke-20: gaya verba dan nominal

Pengarang

  • Umar Junus Universitas Indonesia, Indonesia

Abstrak

Yang membezakan (1) "Orang itu memukul saya" dengan (2) "Orang yang memukul saya itu ... " (1) ayat lengkap, manakala (2) bahagian suatu ayat yang lanjutannya ditandai oleh / .. ./. (1) gaya verbal, manakala (2) gaya nominal. /yang/ pada (2) menjadikan "orang itu memukul saya" bahagian suatu ayat yang lebih panjang kerana ayat (2) hasil gabungan (1) dengan ayat lain. (2) ayat dengan gaya nominal. /yang/ pada 2 menominalkan ayat yang predikatnya kata kerja, atau verba, V. Tetapi /yang/ pada (4) "Gadis yang cantik itu ... " menominalkan ayat yang predikatnya adjektif, A, iaitu (3) "Gadis itu cantik". Secara kata, yang sinonim dengan nan. Gay a nominal juga mungkin berbentuk Ike- -an/, /peN- -an/ atau /per- -an/. Gaya verbal melukiskan gerak manakala gay a nominal menerangkan sesuatu. Ini memang terlihat pada wacana sebelum abad ke-20. /yang/ jarang ditemui pada bahagian teks yang melukiskan gerak, tetapi biasa ditemui pada teks yang menerangkan sesuatu. Selain itu, nan hanya ditemui pada puisi. Dan dalam perbandingan puisi dan prosa, struktur /yang A/ lebih kerap ditemui pada puisi sedangkan struktur /yang V/ lebih kerap pada prosa. Biasa juga dicatat bahawa gaya nominal dengan /ke- -an/, /peN- -an/ dan /per- -an/ jarang-jarang ditemui pada wacana sebelum abad ke-20.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2002-03-04