Harmoni vokal dalam bahasa Rungus dan Dusun Kimaragang: suatu analisis fonologi autosegmental

Pengarang

Abstrak

Makalah ini cuba menghurai dan menjelaskan proses fonologi harmoni vokal yang berlaku dalam dua bahasa suku kaum masyarakat Sabah, iaitu bahasa Dusun Kimaragang dan bahasa Rungus. Dari sudut pengelompokan bahasa, kedua-dua bahasa ini tergolong dalam keluarga bahasa Dusun. Dalam memberikan penjelasan tentang proses harmoni vokal yang berlaku, kajian ini menerapkan pendekatan teori fonologi autosegmental. Kajian ini mendapati bahawa proses harmoni vokal yang berlaku dalam bahasa Dusun Kimaragang dan bahasa Rungus memperlihatkan beberapa ciri persamaan dan perbezaan. Dalam kedua-dua bahasa tersebut, proses harmoni vokal melibatkan penyebaran fitur [± rendah] yang bergerak dari kanan ke kiri, iaitu dari vokal kata dasar menu juke vokal imbuhan awalan. Penyebaran ini boleh berlaku secara berterusan melangkaui dua vokal berikutnya. Satu ciri yang membezakan kedua-dua bahasa ini adalah dalam bahasa Rungus penyebaran fitur [± rendah] dari vokal kata dasar boleh merentasi vokal tinggi /i/ dalam imbuhan awalan, manakala dalam bahasa Dusun Kimaragang penyebaran seperti ini tidak boleh berlaku. Perbezaan ini dapat ditangani dengan menganggap bahawa vokal /ii dalam bahasa Dusun Kimaragang mempunyai spesifikasi fitur [- rendah] di peringkat leksikalnya, sedangkan spesifikasi sedemikian tidak wujud dalam bahasa Rungus. Kehadiran fitur [- rendah] menghalang penyebaran fitur [ + rendah] ke vokal berikutnya kerana ini akan menyebabkan garis penghubung bersilang, manakala ketidakhadiran fitur [- rendah] membenarkan proses penyebaran berlaku tanpa sebarang penyilangan. Analisis ini dapat menjelaskan proses harmoni vokal dalam kedua-dua bahasa berkenaan dengan baik dan berpada.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2003-12-01