Gangguan dalam sistem giliran bertutur kanak-kanak Melayu: suatu analisis pragmatik
Abstrak
Dalam makalah ini, Teori Relevan (1986, 1995), telah digandingkan dengan kerangka perbualan Schlobinski (1996), untuk membincangkan gangguan dalam sistem giliran bertutur kanak-kanak Melayu. Hasil kajian mendapati kanak-kanak mencetuskan gangguan dengan tujuan menyampaikan maklumat, menambahkan maklumat, dan mendapatkan giliran bertutur. Namun, terdapat juga gangguan yang dicetuskan oleh kanak-kanak untuk menyatakan bantahan dan mencetuskan konflik. Seterusnya, pendekatan pragmatik didapati telah menghasilkan dapatan kajian yangjitu tentang gangguan dalam sistem giliran bertutur kanak-kanak Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
