Bahasa pengurusan Islam: suatu penelitian awal
Abstrak
Bahasa pengurusan Islam ialah bahasa yang menghubungkan diri penggunanya dengan Allah s.w.t., umpamanya memulakan, sesuatu urusan yang disertai dengan kesungguhan dan keikhlasan dengan lafaz bismillah, bersyukur di atas sesuatu urusan yang diuruskan dengan baik dengan lafaz alhamdulillah, atau berazam dengan bersungguh-sungguh menguruskan sesuatu tugas dengan lafaz insya-Allah. Hubungan ini secara langsung mengikat manusia dengan penciptanya, dan seterusnya memperlihatkan perbezaan yang sangat nyata dengan ciri bahasa pengurusan lain yang membebaskan manusia daripada ikatan ketuhanan serta ikatan kepercayaan yang bersifat metafizik di sebalik isme-isme seperti sekularisme, liberalisme, modenisme, dan sebagainya.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
