Teori rangkaian sosial dalam kajian peralihan dan pengekalan bahasa

Pengarang

  • Zaiton Darois Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Roksana Bibi Abdullah Universiti Teknologi Nanyang image/svg+xml

Abstrak

Teori Rangkaian Sosial yang mula-mula sekali diperkenalkan oleh ahli antropologi sosial mengandaikan bahawa struktur rangkaian peribadi mempengaruhi perlakuan dan personaliti manusia. Teori Rangkaian Sosial yang kemudiannya menjadi begitu popular di kalangan ahli sosiolinguistik ini menjadi gagasan dalam mencari sebab dan akibat bagi peralihan bahasa. Teori ini mengandaikan bahawa jaringan rangkaian sosial seseorang menjadi penyebab kepada pemilihan dan penggunaan bahasa seseorang; dan sekali gus menjadi punca kepada peralihan sesuatu bahasa dalam sesuatu masyarakat penutur. Keakraban dan multipleksiti menjadi tumpuan utama dalam analisis rangkaian sosial iaitu sebagai pengukuh bagi satu-satu perlakuan, termasuk perlakuan berbahasa. Pelbagai teknik telah digubal dan diaplikasi bagi kajian rangkaian sosial ini seperti yang telah dijalankan oleh Milroy, Mayer, Li Wei, Gal dan sebagainya.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2003-09-08