Kesan persamaan bentuk terhadap perkembangan leksikal kanak-kanak penutur dwibahasa

Pengarang

  • Zaiton Darois Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Christina Schelletter University of Hertfordshire, United Kingdom

Abstrak

Kajian terdahulu mengenai kedwibahasaan orang dewasa menunjukkan bahawa kognat (padanan terjemahan yang sama dari segi bunyi dan ejaan) lebih pantas diterjemahkan berbanding dengan bukan kognat. Kajian tersebut mengemukakan bahawa terdapat representasi yang berbeza-beza bagi dua kategori dalam ingatan penutur dwibahasa (Kroll dan Stewart, 1994, van Hell dan de Groot, 1998). Dengan mengandaikan bahawa representasi kanak-kanak yang dwibahasa sama dengan representasi orang dewasa yang dwibahasa, kesan persamaan bentuk antara perkataan harus ada. Makalah ini membicarakan kata nama sama bentuk dalam perkembangan awal leksikal kanak-kanak yang bertutur dwibahasa bahasa Jerman/bahasa Inggeris yang berusia setahun sebelas bulan hingga dua tahun sembilan bulan serta kesan persamaan bentuk dalam penamaan gambar dan terjemahan dalam dua kelompok kanak-kanak berusia 8-9 tahun yang dwibahasa bahasa Jerman/bahasa Inggeris. Dalam hat ini, persamaan bentuk berbeza daripada status kognat perkataan, bahawa ia mengimplikasikan hanya dari segi bunyi. Dengan mengambil kira cara kanak-kanak yang dapat mendengar mampu memperoleh perkataan, nampaknya perlulah dibataskan persamaan bentuk hanya setakat modaliti ini sahaja. Begitu juga dengan penyampaian butiran dalam penterjemahan adalah bergantung pada pendengaran. Keputusan kajian ini menunjukkan kesan persamaan bentuk dalam perkembangan awal leksikal yang pada tahap ini, perkataan yang sama bentuk kerap terdapat dalam permulaan tempoh pencerapan dalam kedua-dua bahasa dan di samping itu, perkataan yang sama bentuk lebih berkemungkinan mempunyai padanan terjemahan dalam bahasa Inggeris kanak-kanak tersebut. Berkenaan dengan penterjemahan, persamaan bentuk terhasil dalam pendaman yang rendah bagi kedua-dua arah bahasa. Dengan itu dapatan ini mengesahkan bahawa persamaan bentuk mempengaruhi representasi pada orang dewasa dan kanak-kanak yang mempelajari bahasa.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2003-03-03