Pengetahuan guru bahasa Melayu tentang isi kandungan mata pelajaran dan pedagoginya
Abstrak
Makalah ini melaporkan kajian mengenai pengetahuan guru Bahasa Melayu sekolah menengah tentang isi kandungan dan pengetahuan pedagoginya. Kajian ini bertujuan untuk ( 1) mengenal pasti tanggapan guru Bahasa Melayu terhadap pengetahuan isi kandungan bahasa Melayu dan pengetahuan mereka tentang pedagogi isi kandungan Bahasa Melayu mereka, dan (2) membandingkan pengetahuan guru-guru ini mengikut kumpulan prestasi kerja, jantina, umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar. Kajian korelasi ini menggunakan sebanyak 370 guru mata pelajaran Bahasa Melayu daripada 108 buah sekolah menengah di negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar responden mempunyai pengetahuan yang tinggi tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dari segi keupayaan mengajar mengikut jantina, umur, kelayakan akademik, dan pengalaman mengajar.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
