Pelaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran Bahasa Melayu

Pengarang

Abstrak

Kemahiran berfikir penting dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara. Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran, amalan berfikir secara kritis dan kreatif perlu ditekankan dalam pengajaran bahasa dalam kelas. Walaupun pelaksanaannya telah lama dilakukan, namun masih wujud masalah terutama dari segi kefahaman guru dan amalan pedagogi. Kajian di Negeri Sembilan menunjukkan bahawa masih lagi terdapat faktor yang mengekang kelancaran pelaksanaannya: pemahaman guru terhadap cara pelaksanaan dalam bilik darjah, termasuklah kefahaman konsep, penggunaan alat berfikir dan rujukan yang sesuai.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2003-03-03