Fikiran dan interpretan dalam Bahtera Madani
Abstrak
Makalah ini menerangkan sifat interpretan yang mungkin dapat dikesan daripada organisasi struktural puisi dalam Bahtera Madani karya penyair A.Aziz Deraman. Penulis makalah ini cuba menunjukkan cara mana beberapa faktor yang sating berhubungan dapat disatukan untuk menghasilkan realisasi hakikat puisi yang termungkin dari sudut bentuk budayayang tergambar pada wajah dan hati mesej sebagaimana yang dimaksudkan oleh penyair. Faktor tersebut mungkin meliputi konsep tentang idea dan fikiran sebagai asas menafsir falsafah budaya yang terletak baik di bawah, mahupun di permukaan puisi, fungsi tanda dalam penandaan tindakan dan realiti manusia sebagaimana yang ditafsirkan oleh hubungan semantik dan pragmatik melalui struktur urutan kata dalam puisi, termasuk pengetahuan pembaca tentang budaya yang sama yang difahami dan dimiliki oleh penyair. Percubaan ini akan membuktikan sejenis kajian makna yang wujud antara dan di bawah kemungkinan makna yang lain dalam puisi.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
