Pencerakinan maklumat linguistik dalam kamus Melayu-Indonesia

Pengarang

  • Ibrahim Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka

Abstrak

Artikel ini memaparkan pencerakinan maklwnat linguistik dalam kamus Melayu-Indonesia. Pendekatan deskriptif perbandingan telah digunakan untuk menelusuri titik persamaan dan perbezaan pencerakinan maklumat linguistik dalam kamus Melayu-Indonesia. Fokus artikel tertumpu kepada penggarapan beberapa unsur dalam disiplin linguistik mengikut pandangan beberapa orang tokoh metaleksikografi seperti R.R.K. Hartmann, F.J. Hausmann dan F.E. Wiegand. Maklwnat linguistik yang terkandung di dalam kamus meliputi maklwnat diakronik (etimologi), sinkronik (ejaan, sebutan, nahu), definisi, paradigmatik (sinonim, homonim, antonim), sintagmatik (contoh ayat), dan diasistematik (label penggunaan). Antara kamus Melayu-Indonesia yang telah dipilih sebagai narasumber kajian termasuklah Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia. Artikel ini dapat menampilkan beberapa dapatan penting yang mencetuskan ketidakseragaman dan kerancuan dalam kamus-kamus Melayu-Indonesia. Semua ini mengacu kepada usaha memberikan input kepada dunia perkamusan Melayu-Indonesia.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2004-12-28