Disleksia dalam aspek bacaan Bahasa Melayu

Pengarang

Abstrak

Kajian dijalankan di sebuah sekolah rendah kebangsaan dan subjek kajian terdiri daripada murid Melayu tahap dua. Teori Sindrom Disleksia oleh Levinson ( 1994) diterapkan dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan murid yang dikaji tergolong dalam kategori disleksia visual atau disleksia auditori. Murid disleksia visual sukar belajar melalui gambaran pandang kerana mereka tidak dapat mengekalkan imej sesuatu perkataan yang lengkap. Mereka sesuai didedahkan kepada pendekatan analisis fonetik dalam pembelajaran bacaan. Murid disleksia auditori mengalarni rnasalah pengarnatan pendengaran. Oleh itu, mereka lernah tanggapan dan ingatan. Mereka perlu diberi pendekatan bentuk visual dalam pembelajaran bacaan. Terdapat beberapa kaedah pembelajaran bacaan yang sesuai untuk murid disleksia di Malaysia. Antaranya ialah kaedah Orton Gillingham, pemulihan pembalikan huruf, dan pemulihan untuk huruf terbalik. Semua kaedah ini mempunyai teknik yang tersendiri.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2004-12-06