Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid pekak: suatu sorotan dari perspektif linguistik

Pengarang

  • Che Rabiaah Mohamed Universiti Sains Malaysia image/svg+xml
  • Abdullah Yusoff Maktab Perguruan Kota Bahru

Abstrak

Kedudukan mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dalam sistem pendidikan negara sangat penting. Murid-murid pekak yang bersekolah juga terpaksa menguasai BM jika mereka ingin maju dalam akademik walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai rintangan untuk menguasainya. Makalah ini merupakan penelitian penulis berdasarkan sorotan linguistik tentang penguasaan BM murid pekak dan kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Hal ini berguna kepada pihak yang terlibat dengan pendidikan murid pekak kerana BM ialah mata pelajaran penting bagi mendapatkan sijil dalam peperiksaan awam dan kelayakan untuk memohon pekerjaan dengan kerajaan. Oleh itu, kegagalan untuk lulus dalam mata pelajaran BM di kalangan murid pekak membawa impak yang besar kepada mereka. Makalah ini juga mencuba mengenal pasti beberapa keadaan yang menyukarkan murid pekak menguasai BM secara teori dan praktis. Dari segi teori, BM mempunyai ciri-ciri yang sukar dikuasai oleh kebanyakan murid pekak. Kebanyakan murid pekak juga tidak memperoleh BM seperti yang diperoleh oleh kanak-kanak berpendengaran normal. Dari segi praktis pula, kebanyakan daripada mereka tidak mendapat pendedahan awal yang secukupnya tentang BM. Di samping itu, kertas kerja ini juga akan membuktikan bahawa 'pekak' bukanlah faktor utama yang menghalang mereka dalam menguasai BM. Cadangan-cadangan juga dikemukakan bagi membantu murid pekak mempertingkatkan penguasaan BM. Setelah memahami situasi dan kesukaran yang dialami oleh murid pekak dalam menguasai BM, diharapkan guru-guru dapat: (1) mengenal pasti cara murid pekak memperoleh dan mempelajari BM, (2) mengenal pasti kesukaran mereka dalammenguasai BM (mendengar dan bertutur, membaca dan menulis), (3) mengenal pasti hubungan antara memperoleh dan mempelajari BM dengan kesukaran yang dialami, dan (4) merancang strategi untuk membantu murid pekak menguasai BM.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2004-12-06