Pertuturan gagap dan rawatannya: kes komunikasi dalam bahasa Melayu
Abstrak
Penyakit gagap merupakan sebahagian daripada kecacatan komunikasi yang memang menjadi satu fenomena dalam kehidupan manusia. Penyelidikan ini dibuat untuk melihat pola pertuturan orang gagap yang berbahasa Melayu dan dibandingkan dengan pertuturan orang gagap di Barat. Pengumpulan data dibuat melalui rakaman perbualan be bas dengan penghidap gagap berbahasa Melayu yang berumur antara 23 hingga 25 tahun. Penyelidik mendapati pola pertuturan penghidap gagap berbahasa Melayu ialah pengulangan, pemanjangan, selaan dan jeda sama seperti pola pertuturan orang gagap di Barat. Dengan yang demikian, rawatan yang digunakan untuk merawat gagap di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa boleh dilakukan berdasarkan kaedah-kaedah rawatan pemulihan yang diamalkan di Barat. Waiau bagaimanapun, perbezaan kecil pola pertuturan orang gagap yang ditemui penyelidik merupakan perbezaan yang wujud daripada perbezaan tabii bahasa Melayu dengan bahasa di Barat. Begitu juga dengan rawatan, pemulihan cara Barat boleh digunakan apabila ia disesuaikan dengan tabii bahasa Melayu. Kajian ini membuktikan bahawa terdapat kesejagatan dalam pola pertuturan orang gagap di dunia.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
