Pendekatan fungsional dalam peningkatan mutu berita terjemahan

Pengarang

Abstrak

Makalah ini membicarakan pendekatan fungsional sebagai satu kaedah dalam penterjemahan berita bahasa lnggeris kepada bahasa Melayu dalam akhbar berbahasa Melayu, khususnya Berita Harian (BH). Pendekatan fungsional dirasakan kaedah terbaik yang dapat meningkatkan mutu penterjemahan berita kerana ia memastikan setiap terjemahan yang dihasilkan sesuai dengan fungsi dan kehendak pengguna yang menggunakan terjemahan tersebut. Berdasarkan teori hierarki terjemahan Nord (1997), penterjemahan dilakukan secara atas-bawah (top-down) mengikut kepentingan pragmatiknya, yakni dengan mengutamakan aspek-aspek seperti tujuan penterjemahan serta perbezaan nilai norma dan konvensi antara teks sumber dengan teks sasaran. Setelah faktor-faktor ini dipenuhi, barulah aspek-aspek lain yang lebih rendah hierarki pragmatiknya seperti perbezaan bahasa dan kecenderungan penterjemah diambil kira pula. Aspek pragmatik ini memastikan berita dapat diterjemahkan secara bermutu dan berkesan kerana ia disesuaikan mengikut tujuan dan keperluan kepenggunaannya.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2004-09-06