Perkembangan perkamusan Melayu: suatu analisis dari sudut tipologi formal

Pengarang

  • Ibrahim Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka

Abstrak

Mengikut klasifikasi kamus yang berasaskan fitur formalnya, .perkembangan perkamusan Melayu2 sudah dapat menyaingi tradisi perkamusan Barat. Jika dilihat daripada jenis kamus yang disusun, sudah ada kamus besar, kamus edisi ringkas, kamus saku dan sebagainya yang diterbitkan. Metabahasa kamus yang disusun sudah mencakup aspek umum dan khusus. Rata-rata kamus yang disusun mengikut abjad dan ada juga yang disusun mengikut kaedah tematik. Sejak kamus Pigafetta dicetak buat pertama kalinya pada abad ke-15, kamus Melayu mengalami transformasi sehingga muncul beberapa kamus yang dihasilkan dalam bentuk elektronik dan multimedia seperti Kamus Komputer Telapak Besta DBP-1. Penampilan kamus yang disusun ada yang bertujuan untuk pengekodan dan penyahkodan, bergantung pada golongan sasarannya. Malah setiap daftar kata atau kamus yang disusun mempunyai kategori maklumat tersendiri yang membezakannya daripada genre yang lain. Apa yang paling signifikan dalam tradisi penyusunan kamus di alam Melayu ialah kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa objek untuk kamus yang dihasilkan sama ada dalam bentuk ekabahasa, dwibahasa atau pelbagai bahasa. Semua ini meletakkan perkamusan Melayu seiring dengan perkembangan perkamusan di Barat.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2004-09-06