Objek sifar dalam ketransitifan bahasa Melayu

Pengarang

Abstrak

Makalah ini membincangkan fenomena objek sifar dengan kata kerja transitif (KKT) meN-kan dalam bahasa Melayu. Penahu-penahu tersohor seperti Za'ba (1965), Asmah Hj. Omar (1993) dan Nik Safiah Karim et al. ( 1997) telah bersependapat bahawa setiap KKT wajib diikuti oleh objek sebagai penyambut. Walau bagaimanapun, terdapat suatu kontras yang agak nyata dalam kajian oleh Hashim Hj. Musa (1990), Darwis Harahap (1996), dan Wong Khek Seng (1990), iaitu mereka berpendapat bahawa objek selepas KKT boleh dihilangkan atau objek boleh berkeadaan sifar. Justeru, makalah ini mencuba mencari jawapan terhadap permasalahan objek sifar dalam frasa kerja transitif bahasa Melayu. Berdasarkan tinjauan terhadap data korpus berkomputer, didapati bahawa ten;iapat fenomena objek sifar dalam frasa kerja transitif. Secara tidak langsung, ini membolehkan struktur KKT + Objek Sifar terhasil dalam bahasa Melayu. Bagi menjelaskan perilaku struktur ini, kerangka teori Linguistik Kognitif dan teori Relevans akan diaplikasikan secara eklektik.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2004-09-06