Bahasa mainan dalam bahasa Melayu: suatu analisis fonologi autosegmental

Pengarang

Abstrak

Bahasa mainan adalah salah satu ragam bahasa yang dihasilkan oleh sekumpulan penutur dengan cara mengubah dan melakukan modifikasi ke atas struktur fonologi bahasa umum dengan tujuan untuk bersenda. Kebanyakan bahasa di dunia mempunyai bahasa mainannya yang tersendiri dan dikenali dengan pelbagai nama seperti bahasa rahsia, bahasa kod, penyamaran ujaran, permainan kata, bahasa ritual, permainan ujaran dan Iain-Iain (Bagemihl, 1996). Walaupun perubahan itu menyimpang daripada peraturan nahu bahasa sebenar, namun bentuk output yang terhasil itu masih boleh difahami oleh penuturnya. Ini menunjukkan bahawa perubahan atau penyimpangan yang dilakukan itu adalah sesuatu yang bersistematis dan dikawal oleh peraturan dan rumus-rumus tertentu. Sehubungan dengan itu, kertas ini cuba menghurai dan menjelaskan perilaku fonologi salah satu ragam bahasa mainan dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa mainan perubahan struktur suku kata yang pernah dihuraikan secara deskriptif oleh Azizul Rahman ( 1995) dan Ajid (1989). Analisis yang dikemukakan di sini menggunakan pendekatan teori fonologi autosegmental, dan kajian ini cuba menghuraikan rumus-rumus fonologi yang beroperasi dalam proses penderivasian yang menerbitkan kata mainan berkenaan.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2004-09-01