Tingkat kekerabatan bahasa Bidayuh di Sarawak

Pengarang

Abstrak

Fokus utama makalah ini adalah untuk membandingkan kosa kata dasar empat bahasa Bidayuh, iaitu bahasa Biatah, bahasa Bau-Jagoi, bahasa Bukar-Sadong, dan bahasa Selako-Lara, dan menentukan tingkat kekerabatan antara bahasa ini. Kemudian, kosa kata dasar keempat-empat bahasa ini akan dibandingkan pula dengan bahasa Melayu untuk meneliti hubungan sanak bahasa Bidayuh ini dengan bahasa Melayu. Kajian ini akan memanfaatkan kaedah perbandingan kosa kata dasar atau leksiko statistik untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan kosa kata keempat-empat bahasa ini. Perbandingan juga dilaksanakan untuk menentukan kata-kata yang berkognat, mengira peratus kognat antara bahasa tersebut, dan akhimya menentukan tingkat kekerabatan antara bahasa yang berkenaan berasaskan jadual tingkat kekerabatan bahasa cadangan Gudschinsky (1964). Hasil analisis perbandingan kosa kata dasar menunjukkan bahawa keempat-empat bahasa Bidayuh tersebut bertaraf bahasa dalam keluarga bahasa Bidayuh, dan bukannya dialek daripada bahasa yang sama. Bahasa ini mempamerkan kesamaan/kemiripan dari segi bentuk dan makna kerana bahasa ini dipencarkan daripada bahasa induk yang sama, iaitu bahasa Bidayuh proto. Hubungan sanak antara bahasa Biatah, Bau-Jagoi dan Bukar-Sadong dengan bahasa Melayu didapati sudah agakjauh. Waiau bagaimanapun, bahasa Selako-Lara mempunyai hubungan sanak yang sangat dekat dengan bahasa Melayu. Secara keseluruhan, kajian ini dapat memperjelas status linguistik bahasa Bidayuh di Sarawak, di samping memperlihatkan hubungan bahasa tersebut dengan bahasa Melayu.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2004-09-06