Teori dan realiti perubahan bahasa: daripada bahasa ibunda kepada bahasa Melayu

Pengarang

Abstrak

Kertas kerja ini terbahagi kepada dua bahagian. Sahagian pertama meneliti gagasan beberapa teori perubahan bahasa, iaitu teori penyimpangan rawak (Hockett, 1958), teori fesyen dan ketidaktentuan rawak (Postal, 1968), dan teori stratum bawah (Aitchison, 1998). Gagasan bagi setiap teori diperinci dan dijadikan inti sari item soal selidik untuk dijawab oleh 50 responden yang terdiri daripada suku kaum Dusun di kampung Lohan, Ranau, Sabah. Respons daripada soal selidik ke atas 50 responden menunjukkan bahawa hanya satu gagasan teori penyimpangan rawak (Hockett, 1958) dan satu gagasan teori fesyen dan ketidaktentuan rawak (Postal, 1968) sesuai dengan konteks situasi serta iklim perubahan bahasa yang melanda generasi muda suku kaum Dusun di kampung Lohan, Ranau, Sabah. Semua gagasan teori stratum bawah (Aitchison, 1998) dipersetujui oleh 50 responden. Bahagian kedua kertas kerja ini memberi penjelasan sebab-musabab berlakunya perubahan bahasa daripada bahasa ibunda kepada bahasa Melayu di kampung Lohan, Ranau, Sabah. Bahasa pertuturan harian penduduk di kampung tersebut pada masa yang lalu sehinggalah pada sekitar tahun 1980-an ialah bahasa Dusun. Akan tetapi, menjelang tahun 1990-an, penggunaan bahasa ibunda suku kaum Dusun ini semakin berkurangan. Pada masa ini, bahasa Melayu telah mengambil alih peranan bahasa Dusun sebagai bahasa pertuturan harian. Bahkan, ada dalam kalangan generasi muda di kampung tersebut yang sudah tidak memahami bahasa Dusun. Penyelidik melihat hal ini sebagai satu perubahan yang drastik, yang memerlukan kajian. Untuk mendapatkan penjelasan sebab-musabab, penyelidik mengkaji tiga generasi kaum Dusun di tempat kajian. Generasi pertama tidak dapat dikaji kerana sudah pupus.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2004-09-06