Kata majmuk dalam perkamusan: satu analisis semantik dan pragmatik
Abstrak
Kata majmuk masih hangat dibincangkan meskipun telah ramai penahu menulis mengenainya. Pendapat dan hasil yang berbeza menyebabkan tiada penyelesaian seragam pada kata majmuk bahasa Melayu. Ada penahu yang menggunakan kriteria bentuk dan ada juga yang menyisipkan kriteria semantik bagi menghuraikan kata majmuk itu sendiri. Penghuraian ini menjadi lebih mengelirukan apabila ada pertindanan ciri dengan frasa nama bahasa Melayu. Ini sekali gus memberikan kesan kepada penyusunan kata majmuk itu sendiri dalam kamus. Makalah ini cuba menghuraikan perbezaan kata majmuk dengan frasa berdasarkan analisis semantik dan pragmatik. Kriteria semantik bercirikan ketidakbolehsisipan, ketidakbolehbalikkan dan imbuhan apitan akan dijadikan ujian kata majmuk, khususnya yang melibatkan kata majmuk kiasan. Ciri yang sama akan diterapkan pada kata majmuk bukan kiasan. Makalah ini juga menjelaskan bagaimana kata majmuk dapat dibezakan dengan frasa dan menentukan penyusunan yang lebih mantap dalam kamus.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
