Isu percanggahan antara korpus dengan rumus di dalam kamus: peranan dan sumbangan ilmu linguistik teoretis
Abstrak
Kamus dapat dianggap sebagai satu pangkalan data yang menghim-punkan seluruh perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa yang meliputi kata dasar dan juga kata terbitan. Proses pembikinan kamus, khususnya kamus umum, lazimnya bersifat deskriptif, iaitu penyenaraian kata dibuat berdasarkan data korpus yang kontemporari sifatnya yang melambangkan penggunaan sebenar bahasa oleh penuturnya. Dari sudut linguistik, bahasa itu mempunyai sistem dan peraturan tersendiri dalam menghasilkan pelbagai jenis kata terbitannya, dan peraturan ini lazimnya dideskripsikan dalam bentuk rumus. Secara prinsipnya, korpus, rumus dan kamus haruslah selari dan tidak bercanggah antara satu sama lain kerana ketiga-tiganya dipetik daripada satu sumber yang sama, iaitu bahasa pengguna. Namun begitu, ada kalanya data daripada korpus didapati bercanggah dengan rumus yang sedia ada, dan ini mendatangkan persoalan dan permasalahan dalam penyusunan kamus. Untuk menangani permasalahan ini, kemajuan ilmu linguistik teoretis hams dimanfaatkan dengan meneliti dan menilai semula rumus sebelum ini, sama ada pendeskripsiannya berpada atau sebaliknya. Sekiranya kurang, rumus itu perlu diperbaik dan diperkemas kini agar percang-gahan dapat dihindari. Sehubungan dengan itu, kertas ini mem-bincangkan isu percanggahan antara korpus dengan rumus dalam kata terbitan bahasa Melayu dengan meneliti Kamus Dewan terbitan 1970, 1984 dan 1994. Kertas ini kemudiannya menyarankan satu analisis baharu agar, rumus dan korpus dapat disejajarkan tanpa sebarang percanggahan.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
