Persoalan epistemologi dalam disiplin linguistik dan relevansinya dengan linguistik Melayu
Abstrak
Secara kasarnya, ada dua aspek yang selama ini mendapat perhatian peneliti linguistik. Yang pertama ialah aspek teori dan konsep, sementara yang kedua ialah aspek penerapan teori dalam pelbagai subdisiplin linguistik seperti dialektologi, fonetik dan fonologi, semantik, pragmatik, tatabahasa, wacana dan sebagainya. Dengan tidak bermaksud meremehkan dan mengurangkan sumbangan penelitian yang bersifat penerapan teori, penulis berpendapat bahawa penelitian dan pembicaraan yang berkaitan dengan teori dan konsep perlu diberi perhatian yang lebih serius. Hal ini demikian kerana sebahagian masalah dan isu yang timbul dalam upaya penerapan teori berakar daripada masalah teori dan konsep. Kertas kerja ini mengupas salah satu aspek teori dan konsep yang asas dalam disiplin ilmu, termasuk linguistik, iaitu aspek epistemologi. Antara aspek yang diberi perhatian termasuklah hakikat bahasa, teori kelahiran bahasa, sumbangan bahasa dalam pembinaan konsep serta realisasi din insan dan isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan disiplin linguistik di alam Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
