Fungsi leksikal "bunga" dalam simpulan bahasa dan peribahasa bahasa Melayu

Pengarang

Abstrak

Bahasa Melayu kaya dengan pepatah dan simpulan bahasa yang digunakan bagi menggambarkan pelbagai perkara dan peristiwa. Penggunaan simpulan bahasa sebagai salah satu cara yang halus dalam memperkatakan sesuatu telah menjadikan bahasa Melayu sebagai suatu bahasa yang unik dan indah. Setiap patah perkataan yang digunakan dalam simpulan bahasa dan peribahasa mempunyai nilai estetika dan fungsi leksikal yang tersendiri. Berbeza dengan penggunaan bahasa sehari-hari, pemilihan bentuk kata yang digunakan dalam simpulan bahasa dan peribahasa amat berkait rapat dengaii alam pemikiran masyarakat Melayu yang sentiasa menggunakan unsur alam sebagai bahan atau perlambangan dalam memperkatakan sesuatu. Kata "bunga" bukan sahaja mempunyai pelbagai maksud yang tersendiri, namun mampu memperlihatkan daya kekreatifan masyarakat Melayu mengaplikasikan konsep "bunga" dengan perilaku, benda, perkara dan peristiwa yang berlaku di sekitar kehidupan manusia. Kertas ini akan memperkatakan fungsi leksikal yang terkandung dalam perkataan "bunga" yang terdapat dalam simpulan bahasa dan peribahasa bahasa Melayu.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2005-12-05