Pengkonsepsian dan pemetaforaan "hati"
Abstrak
Organ badan yang dirujuk sebagai jantung lazimnya menjadi sumber emosi dalam pelbagai bahasa, terutamanya bahasa Eropah. Namun, kajian linguistik dan budaya Melayu (Asmah, 1996; Goddard, 2001) mendapati organ dalaman yang paling produktif dan segi ungkapan emosi dalam bukanlah jantung tetapi hati. Makalah ini melihat semula dapatan ini dengan mengkaji polisemi dan pengkonsepsian dan pemetaforaan "hati" serta aktiviti yang berkaitan dengan organ dalaman ini. Kajian ini memberikan satu pencerapan tentang metafora dan peluasan makna yang berlaku dalam penggunaan kata "hati" yang berkait dengan emosi berdasarkan analisis semantik kognitifala Lakoff. Analisis data korpus menampakkan beberapa kategori pemetaforaan emosi yang berkait dengan hati. Pertamanya, tingkah laku atau perbuatan yang memberikan kesan kepada hati. Kategori ini melibatkan kata kerja seperti hiris, cengkam, gores dan sebagainya yang menyebabkan atau mengakibatkan kecederaan atau kesakitan kepada "hati". Kategori kedua berkait rapat dengan kategori pertama, yakni kesan kesakitan dalam hati yang mungkin berpunca daripada perbuatan kategori pertama, atau tindakan dan perbuatan komunikasi. Kesakitan hati mengakibatkan atau mencetuskan emosi seperti marah dan sebagainya. Kategori ketiga melibatkan emosi yang terhasil akibat memiliki hati. Pemilikan hati seseorang ditandai secara linguistik oleh ungkapan seperti mengambil hati, menawan hati, menakluk hati. Selain itu, skema pemetaforaan hati yang ditemui termasuklah hati sebagai bekas buat emosi, hati sebagai tapak semaian emosi, hati sebagai sumber ketakwaan, keazaman, kerohanian dan jugs sebagai suara batin naluri insan (inner self I consciousness).
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
