Penggandaan separa dalam dialek Perak: suatu analisis autosegmental

Pengarang

Abstrak

Penggandaan ialah proses kata dasar menerima imbuhan. Dalam penggandaan, imbuhan direpresentasilcan dalam bentuk elemen KV (bentuk segmen bukan fonem) yang dikenali sebagai acuan kata ganda. Berdasarkan fonologi segmental, acuan ini mestilah diberikan segmen dengan menghubungkan elemen tersebut kepada melodi (fonem) kata dasar. Acuan penggandaan separa dalam dialek Perak (DP) ialah skeletal KVK. Segmen K pertama ialah gatra untuk konsonan awal kata dasar dan segmen K kedua ialah gatra bagi konsonan akhir kata dasar. Sementara itu, segmen V ialah gatra vokal spesifik schwa yang disisip secara default. Dalam kes mengulang konsonan akhir kata dasar, proses asimilasi dan pengglotisan /k/ berlaku selepas proses penyisipan vokal spesifik schwa.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2005-09-05