Peribahasa bahasa Melayu-peribahasa bahasa Cina: merungkaikan persamaan makna dan pertentangan dedua

Pengarang

Abstrak

Masyarakat Melayu dan Cina mewarisi himpunan peribahasa yang banyak tetapi peribahasa bahasa Melayu lebih banyak diketahui oleh masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan meneliti 30 peribahasa bahasa Melayu dan 30 peribahasa bahasa Cina, penyelidik mencari persamaan makna antara kedua-duanya. Selain itu, penyelidik menerapkan teori dekonstruksi untuk memperinci entiti, pertentangan dedua dan hierarki dominan yang wujud dalam peribahasa bahasa Melayu dan peribahasa bahasa Cina. Hasil kajian menunjukkan bahawa makna daripada pemikiran dan pengalaman hidup yang dilestarikan oleh orang Melayu dan orang Cina melalui peribahasa lebih banyak menunjukkan keserasian dan kesejajaran daripada perbezaan. Pemilihan unsur dalam penciptaan peribahasa masing-masing ada menunjukkan kelainan semasa memperkatakan sesuatu kejadian yang sama.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2005-09-05