Kerancuan dalam bahasa Melayu

Pengarang

Abstrak

Makalah ini membicarakan kerancuan dalam bahasa Melayu semasa, dalam ranah rasmi yang ditinjau dari pelbagai keadaan. Antara yang penting adalah keadaan (a) tidak teratur dari segi pembakuan nahu bahasa Melayu, (b) bercampur aduk, khususnya dengan bahasa Inggeris dalam bentuk "bahasa rojak", dan (c) tidak tertib apabila bahasa Melayu digantikan oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa wahana. Kesan fenomena kerancuan ini ke atas bahasa Melayu selaku bahasa negara: bahasa kebangsaan Malaysia dan bahasa rasmi negara, ikut dibicarakan, khususnya dalam konteks pertumbuhan dan perkembangan peradaban tinggi untuk bangsa/negara Malaysia. Langkah dan usaha pem-banterasan keadaan tidak teratur, bercampur aduk dan tidak tertib pada bahasa Melayu merupakan mauduk perbincangan lain yang penting dalam makalah ini.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2006-12-04