Tinjauan kesilapan fonologi penutur natif bahasa Iban dalam penguasaan bahasa Melayu standard

Pengarang

  • Norzahwarthy Kadin Sekolah Antarabangsa Jerudong, Brunei

Abstrak

Penyelidikan ini memfokuskan kesilapan fonologi penutur natif bahasa Iban dalam proses menguasai bahasa Melayu standard. Tujuannya adalah untuk mengenal .pasti fonem-fonem bahasa Melayu standard yang tidak dapat dikuasai oleh penutur natif bahasa Iban berasaskan data yang dikutip daripada 20 orang murid sekolah rendah di daerah Tutong, Negara Brunei Darussalam. Data ini berdasarkan korpus 84 patah perkataan terpilih yang mewakili 31 fonem bahasa Melayu stan-dard. Dapatan menyerlahkan bahawa ada 15 fonem, iaitu 12 konsonan dan 3 vokal bahasa Melayu standard yang tidak dapat disebut dengan baik oleh murid-murid penutur natif bahasa Iban di sekolah-sekolah tersebut. Kepayahan penyebutan berlaku sebagai akibat ketidakhadiran fonem-fonem yang berkenaan dalam sistem fonologi bahasa Iban. Dapatan menunjukkan ciri pemindahan secara langsung sistem fonologi bahasa Iban ke dalam sistem fonologi bahasa Melayu standard.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2006-12-04