Maklumat leksikal dalam struktur kasus dan argumen dalam penulisan berita
Abstrak
Kajian ini berusaha untuk menjelaskan peranan yang dimainkan oleh fitur semantik beberapa kata bahasa Melayu dan segi kasus dalaman dan jumlah argumen yang timbul dalam struktur ayat pada aras permukaan. Pengkaji menggunakan konsep fitur semantik kata kerja yang digunakan secara popular oleh Charles J. Fillmore dengan istilah "maklumat leksikal". Baginya, maksud asas kata dapat dinyatakan sebagai suatu set komponen kompleks yang diperlukan untuk menyatakan sifat-sifat peristiwa atau situasi. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa sifat semantik asas kata kerja sebagai contoh, terutamanya sifat-sifat yang berhubungan dengan masa, ruang, pergerakan dan "fiat". Kajian ini akan mencuba untuk menunjukkan kelenturan beberapa kata kerja dan segi jumlah argumen yang diambilnya dalam struktur predikat. Dalam deskripsi nahu, pengkaji akan mengenal pasti struktur peranan sesuatu ujaran. Dan sini pengkaji bergerak ke hadapan untuk membuktikan bahawa peranan yang dimainkan oleh argumen diambil daripada inventori jenis-jenis peranan yang ditetapkan dalam nahu kasus oleh teori nahu. Aplikasi teori kasus, bersama-sama masing-masing argumen yang dikaitkan dengan beberapa kata kerja sebagaimana yang digunakan dalam penulisan berita sebagai wacana retorik akan diperhatikan dalam usaha untuk melihat bahawa nahu bahasa berita tulisan didapati serupa dengan yang digunakan dalam deskripsi. Jumlah argumen yang dibenarkan dalam struktur ayat rupa-rupanya dapat dikenal pasti dalam domain interpretasi kasus semantiknya sebagaimana yang digunakan dalam penulisan berita dalam akhbar harian berbahasa Melayu. Sebagai contoh secara konsep, kata dan memerlukan tiga argumen (orang yang melakukan kesalahan, orang yang rugi dan barang-barang rampasan), manakala dan masing-masing merupakan predikat empat argumen, iaitu argumen yang mewakili orang yang menerima barangan atau perkhidmatan, orang yang membekalkan barangan dan perkhidmatan, barangan dan perkhidmatan sendiri dan jumlah wang yang bertukar tangan. Kehadiran argumen dalam ayat pada umumnya wajib mengikut keadam lain yang diperlukan pada situasi tertentu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
