Gaya hipotaksis dan parataksis dalam kerangka nahu fungsian-sistemik
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk memeri penggunaan ayat hipotaksis dan parataksis dalam bahasa Melayu, khususnya hubungan antara struktur makna dan gaya. Dalam pemerian ini, gaya yang menandai kegemaran pengarang dianalisis secara terperinci. Data bahasa diambil daripada teks Sungai Mengalir Lesu, karya Sasterawan Negara, A. Samad Said. Dalam analisis struktur ayat hipotaksis dan parataksis, makalah ini mengaplikasi nahu fungsian-sistemik. Dalam pertimbangan struktural, klausa tak setara dan klausa setara dianalisis berdasarkan kehadiran atau ketiadaan unsur penghubung. Dalam aspek makna pula, analisis tertumpu pada makna yang diwujudkan oleh klausa pengembangan dalam sesuatu ayat kompleks, iaitu dalam memperinci atau memperluas makna sesuatu klausa utama. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa struktur ayat parataksis lebih kompleks berbanding dengan ayat hipotaksis, dan klausa perluasan lebih dominan digunakan dalam kedua-dua ayat kompleks tersebut.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
