Bahasa kacukan: antara realiti sosiolinguistik dengan idealisme perancangan bahasa
Abstrak
Wujudnya bahasa kacukan dapat dikatakan fenomena sejagat bagi kebanyakan bahasa di dunia, khususnya bahasa yang mengalami pertembungan antara budaya. Istilah bahasa pijin, bahasa kreol, peralihan kod dan percampuran kod merupakan istilah yang menandai kewujudan fenomena tersebut. Di Malaysia, beberapa tahun belakangan ini muncul istilah bahasa rojak, yang meskipun bukan istilah linguistik, menjadi satu tanda lagi kewujudan fenomena bahasa kacukan. Za`ba seawal tahun 1934 telah menghuraikan fenomena tersebut dalam buku Ilmu Mengarang Melayu. Makalah ini pada satu sisi mengupas isu bahasa kacukan dalam konteks realiti sosiolinguistik yang mewarnai situasi kebahasaan di Malaysia, dan pada satu sisi lain membincangkan dampak fenomena tersebut kepada usaha perancangan bahasa yang berkaitan erat dengan pembinaan tamadun bangsa dan negara. Idea pokok yang diharapkan dapat membuka perbincangan dan pemikiran ialah bagaimanakah bahasa kacukan patut diterima sebagai realiti sosiolinguistik dan pada waktu yang sama usaha perancangan bahasa untuk mengisi pembinaan negara tidak tergugat, khususnya dalam ranah rasmi dan intelektual.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
