Strategi dan ciri kesantunan berbahasa Jepun
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian pragmatik yang menumpukan penganalisisan ungkapan kesantunan berbahasa semasa interaksi verbal dalam kalangan orang Jepun. Pengguna bahasa Jepun yang difokuskan di dalam kajian ini ialah tenaga pengajar dari Jepun yang mengajar di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya. Data kajian ini diperoleh daripada hasil soal selidik melalui rakaman, catatan dan pemerhatian semasa mesyuarat bersama tenaga pengajar Jepun sewaktu bertugas dengan mereka. Perspektifkajian ini berasaskan kajian Leech dan juga kajian lampau Osamu Mizutani. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa penutur saling bekerjasama dalam mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berinteraksi sesama mereka. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dan tumpuan utama kepada prinsip kesopanan berdasarkan Leech. Hasil dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa penutur-penutur Jepun menggunakan unsur-unsur kesopanan dalam komunikasi mereka.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
