Kata bersinonim dalam bahasa Melayu: satu penelitian
Abstrak
Sejak diangkat menjadi bahasa kebangsaan negara kita, bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang rancak dari segi kosa kata, struktur, nahu, dan seumpamanya. Pengguna bahasa Melayu semakin hari semakin meningkat. Hal ini berlaku kerana kini bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan oleh penutur natif, malah oleh pengguna bukan jati bahasa Melayu, seperti orang Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain lagi. Dalam kerancakan penggunaan bahasa Melayu ini, timbul persoalan pengguna yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan tepat. Sudah banyak dibincangkan atau dibahaskan tentang kesalahan bahasa dalam pelbagai buku, artikel, forum, kertas kerja, ceramah, seminar, dan kolokium, tetapi persoalan kesalahan bahasa dari aspek makna kelihatan kurang diberikan tumpuan. Justeru makalah ini akan memberikan fokus terhadap aspek kesalahan tersebut.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
