Penerapan maklumat variasi nasional dalam kamus Melayu-Indonesia
Abstrak
Kajian yang menggunakan kaedah perbandingan ini bertujuan untuk melihat senario perkamusan Melayu dan Indonesia dari sudut leksikal. Beberapa buah kamus telah dipilih. Ini termasuklah Kamus Dewan (KD) edisi keempat (2005), Kamus Besar Bahasa Indonesia (KKB1) edisi ketiga (2001), Kamus Melayu Global (1996), Kamus Umum Bahasa Indonesia Badudu-Zain (1994) dan Kamus Bahasa Melayu R.O. Winstedt (1960). Kajian ini memberikan fokus kepada aspek penerapan maklumat variasi nasional dalam kamus. Apakah kamus-kamus tersebut secara seimbang mencerakinkan maklumat variasi tempatan atau variasi asing. Beberapa saran telah diajukan dan semua ini mengacu kepada usaha memberi input penting kepada dunia leksikografi Melayu-Indonesia.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
