Sinonim dalam bahasa Melayu: satu pemerian semula

Pengarang

Abstrak

Kajian ini dilakukan terhadap 30 kata nama yang dipilih secara rawak daripada kamus Sinonim Antonim Melayu Utusan (1997) sebagai sampel kajian. Sampel kemudiannya dianalisis berdasarkan pendekatan analisis komponen makna bagi membandingkan kesinoniman setiap kata berdasarkan bilangan kesamaan fitur yang dikongsi bersama. Kata yang mempunyai darjah kesinoniman yang tinggi didapati cenderung berkongsi bilangan fitur yang banyak dibandingkan dengan kata yang rendah darjah kesinonimannya. Kesinoniman setiap kata ditentusahkan pula dalam konteks ayat dengan menggunakan kaedah penggantian secara paradigmatik. Ayat-ayat yang dipilih dipastikan bervariasi dari segi konteks keperihalan keadaannya. Analisis ini dapat menunjukkan sejauh manakah kata-kata sinonim ini mendukung pengertian yang sama dengan kata nama sampel. Yang penting, penggantian dalam ayat seperti yang tersebut telah membuktikan bahawa darjah kesinoniman setiap kata berubah-ubah mengikut ayat. Kata yang bersinonim mutlak, yakni yang mendukung pengertian yang sama dengan kata nama sampel dalam ayat A, berubah menjadi bukan sinonim, yakni tidak mendukung pengertian yang sama dengan kata nama sampel dalam ayat B. Hal ini membuktikan bahawa darjah kesinoniman kata dipengaruhi oleh konteks keperihalan keadaan ayat yang berbeza-beza. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa kata sinonim mutlak sangat terhad bilangannya dan jangkauannya. Malah terdapat kata nama yang langsung tidak mempunyai kata sinonim mutlak yang boleh bertukar ganti dengannya tanpa mengubah maksud ayat asal.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2006-09-04