Arkaisme dalam bahasa Melayu: suatu tinjauan dari aspek kosa kata dalam teks klasik
Abstrak
Arkaisme merupakan elemen yang menarik dan menakjubkan dalam bahasa. Justeru artikel ini merupakan satu lagi usaha untuk menelusuri beberapa daripada ciri kata-kata arkaik yang ditemukan dalam teks-teks lama seperti Sejarah Melayu, Hikayat Malim Deman, dan Hikayat Hang Tuah. Di samping mengenal pasti kata-kata yang `old-fashioned' ini, kajian ini mengenal pasti ciri-ciri utama kata arkaik. Arkaisme memperlihatkan keberdayaannya untuk membentuk dan mencipta kata dan istilah baharu dalam bahasa Melayu. Kini beberapa daripada kata ini telah meresap masuk ke dalam perbendaharaan kata Melayu moden. Meskipun arkaisme dianggap sudah usang, namun masih wujud dalam teks Melayu klasik lama, sastera lama, puisi, teks keagamaan, dan dalam beberapa teks perundangan.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
