Aplikasi analisis wacana kritis dalam analisis wacana agama

Pengarang

Abstrak

Analisis wacana kritis (AWK) ialah satu versi analisis tekstual di dalam analisis data berasaskan bahasa di dalam kajian kemanusiaan dan sosial. Versi yang digunakan dengan meluas ini menawarkan metode pengulangan yang berupaya mengenal pasti data berpandukan kedudukan maklumat, dan juga menghuraikan data berdasarkan pembuktian wacana. Di dalam analisis wacana agama (AWA), khususnya analisis teks Islamiah, terdapat pengkaji di Malaysia yang telah mengaplikasikan AWK dalam kajian mereka, dengan beberapa pengubahsuaian. Makalah ini rnembincangkan skop dan pembatasan yang dikemukakan oleh AWK dalam AWA. Versi AWK yang dipilih ialah dimensi 3D Fairclough. Isu kerelevanan dan ketidakrelevanan AWK beliau diketengahkan, khususnya pertentangan yang diutarakan daripada pandangan Islam. Seterusnya, pengubahsuaian yang dilakukan akan dibincangkan.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2008-12-01