Morfem { me- } dan nasalisasi sebagai imbuhan kata namaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban

Pengarang

  • Rohani Mohd. Yusof University of Malaya, Malaysia

Abstrak

Dalam bahasa Melayu dan !ban, kata kompleks yang terdiri daripada kata namaan dan kata karyaan dibentuk menerusi pengimbuhan dan penggandaan. Salah satu cara mengimbuh ialah menerusi penggunaan morfem { me- } untuk menerbitkan kata karyaan kompleks. Secara sinkronik, dalam bahasa Melayu morfem { me- } muncul bersama-sama proses nasalisasi. Sebaliknya juga, morfem ini mempunyai padanannya dalam bahasa Iban, misalnya dalam proses nasalisasi, { eN- } dan { me- } . Waiau bagaimanapun, { me- } dalam bahasa Iban mungkin wujud akibat pengaruh bahasa Melayu. Walaupun perkataan yang muncul apabila digandingkan dengan awalan { me- } atau { eN- } tergolong dalam kata karyaan, dalam kes-kes tertentu morfem ini boleh berfungsi menerbitkan kata namaan. Kertas kerja ini mencuba meninjau fungsi nominal/namaan { me- } dan { eN- } dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban.

Biografi Pengarang

  • Rohani Mohd. Yusof, University of Malaya, Malaysia

    BAHAGIAN MAJALAH (MAGAZINE DEPARTMENT)

    PERANCANG BAHASA (LINGUISTICS OFFICER)

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-12-23