Pengelasan kata kerja bahasa Melayu: pendekatan semantik berdasarkan Role and Reference Grammar (RRG)
Abstrak
Secara tradisinya kata kerja dibahagikan kepada dua golongan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Penggolongan sebegini sesungguhnya berasaskan si fat sintaksis kata kerja tersebut. Kertas kerja ini mencuba untuk memberikan pengelasan kata kerja bahasa Melayu berdasarkan makna leksikal kata kerja tersebut. Pendekatan untuk menggambarkan makna leksikal kata kerja ini ialah pendekatan dekomposisi leksikal yang berasaskan kelas Aktionsart. Aktionsart ialah kelas leksikal yang dianggotai oleh suatu kata kerja yang berdasarkan jenis proses, keadaan dan sebagainya, seperti yang dimaksudkan oleh kata kerja tersebut. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan mengemukakan satu set ujian sintaksis dan semantik bagi menentukan kelas kata kerja dalam bahasa Melayu dengan rujukan kepada ujian sintaksis sebagaimana yang dianjurkan dalam Teori Role and Reference Grammar (RRG).
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
