Etnolinguistik komuniti Melayu Saribas, Sarawak

Pengarang

Abstrak

Kajian bersifat deskriptif ini akan memperlihatkan fonologi segmental dialek Melayu Saribas, khususnya di daerah Debak, Saribas, Sarawak. Dalam kajian ini, aspek yang cuba dipaparkan termasuklah bunyi-bunyi fonem vokal dan fonem konsonan yang terdapat dalam pertuturan penutur jati dialek Melayu Saribas. Analisis kajian didasarkan kepada teori fonologi struktural. Di samping itu, kajian ini turut menyentuh serba sedikit tentang masyarakat Melayu di sini. Hasil kajian mendapati dialek ini mempunyai 27 fonem, iaitu 19 konsonan, 8 vokal dan satu diftong. Dialek ini juga memiliki ciri linguistiknya yang tersendiri dan kurang dipengaruhi dialek lain seperti dialek Melayu Kuching. Aspek etnolinguistik komuniti Melayu Saribas ini dilihat penting dipaparkan dan dikongsi bersama kerana situasi kebahasaan semasa sentiasa berubah, seiring dengan perkembangan kini, termasuklah dari aspek bahasa yang dinamik sifatnya.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2008-12-01