Penggunaan strategi membaca dan menulis oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah dalam pembelajaran bahasa Melayu

Pengarang

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang digunakan oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu (BM) di dalam kelas. Seramai empat orang pelajar cemerlang dan empat orang pelajar lemah dipilih oleh guru kanan mata pelajaran, guru panitia BM dan guru kelas untuk dijadikan peserta kajian. Kajian "multicase single site" ini menggunakan protokol temu bual yang berkaitan dengan kemahiran membaca dan menulis. Data temu bual dianalisis untuk mengenal pasti tema atau pola yang kerap ditemukan dalam transkrip temu bual tersebut menggunakan analisis indeks Cohen Kappa bagi mendapatkan kebolehpercayaan unit-unit analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar cemerlang menggunakan lebih banyak SPB berbanding dengan pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Namun demikian, terdapat beberapa tema SPB yang dilaporkan sama-sama digunakan oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah ketika belajar BM. Tema aktiviti bahasa dan penghayatan agama didapati hanya digunakan oleh pelajar cemerlang sahaja. Tegasnya, terdapat perbezaan SPB yang dilaporkan oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah di dalam kelas, sama ada dalam kemahiran membaca mahupun kemahiran menulis.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2006-06-05