Implikasi pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing terhadap budaya
Abstrak
Makalah ini membincangkan implikasi mengajarkan bahasa lnggeris terhadap budaya dan sejauh mana kita harus mengajarkan budaya Inggeris atau Barat apabila mengajarkan bahasa ini. Juga dibincangkan adalah sebab-sebab mengapa orang Islam mengambil berat akan implikasi mengajarkan bahasa Inggeris terhadap budaya, dan mencadangkan bagaimana kita boleh menangani isu budaya apabila mengajarkan bahasa Inggeris. Akhir sekali, makalah ini membicarakan bahawa walaupun bahasa Inggeris berakar umbi budaya Yahudi-Kristian, dan sering dianggap sebagai laluan utama nilai Barat atau sekular, mempelajari bahasa Inggeris tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam, dan pelajar boleh menguasai bahasa lnggeris tanpa mengambil budayanya. Umat Islam harus menganggap bahasa lnggeris sebagai suatu bahasa penting yang patut dikuasai kerana bahasa ini adalah bahasa utama untuk memperoleh kebanyakan daripada ilmu kontemporari.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
