Perkembangan bahasa dan perubahan tingkah laku sosial kanak-kanak prasekolah
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perkembangan bahasa Melayu (BM) kanak-kanak prasekolah dan kesannya terhadap perubahan tingkah laku sosial kanak-kanak prasekolah tersebut. Kajian kes menggunakan reka bentuk gabungan eksplanatori ini dijalankan di sebuah prasekolah Annex di Sarawak. Seramai 48 orang kanak-kanak prasekolah mewakili etnik Melayu, Iban dan Bidayuh dijadikan peserta kajian. Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik skala kadar guru dan pemerhatian kekerapan. Sebanyak 30 item perkembangan bahasa dibina berdasarkan hasil pembelajaran dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pemerhatian dilakukan terhadap dua jenis tingkah laku sosial, iaitu tingkah laku prososial (konstruk membantu, berkongsi dan memujuk) dan tingkah laku antisosial (konstruk agresif, disruptif dan menyisih). Kajian mendapati kanak-kanak menunjukkan tahap kekerapan tingkah laku prososial yang lebih tinggi berbanding tingkah laku antisosial. Kajian ini menyokong prinsip-prinsip utama dalam Teori Perkembangan Vygotsky.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
