Melayu Mahawangsa: menyorot kembali, melangkah ke hadapan
Abstrak
Artikel ini menghuraikan keadaan masyarakat dan peradaban Melayu yang pada masa kemuncaknya telah membina sebuah peradaban yang gemilang, walaupun pusatnya berpindah-pindah tempat di Kepulauan Melayu. Bahkan kini dari segi kuantitatifnya, Melayu sebagai sebuah rumpun bahasa merupakan kelompok yang keempat terbesar di dunia (300 juta), dan dalam kalangan masyarakat Islam pula penutur Melayu Islam ialah yang terbesar di dunia (250 juta). Setelah kedatangan kuasa penjajah Barat bermula pada awal abad ke-16, pusat peradaban Melayu tumpas satu demi satu sehingga tumpas secara total pada abad ke-19. Selepas kemerdekaan pada pertengahan abad ke-20, dunia Melayu berpeluang untuk membina dan mencorakkan peradaban Melayu kembali. Namun kini gejala penjajahan baharu Barat dalam bentuk globalisasi dan hegemoni budaya, ekonomi, ilmu pengetahuan, falsafah, pemikiran, teknologi maklumat dan komunikasi, dan juga politik dan perhubungan antarabangsa telah melanda dunia kembali dan mencengkam hati budi orang Melayu khususnya. Unluk melawan dan menangkis gejala negatif globalisasi dan hegemoni Barat, maka beberapa strategi memantapkan budaya ilmu, sains, teknologi orang Melayu dan membina solidariti bangsa dan komuniti Melayu dikemukakan dalam artikel ini.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
