Kajian An Abridged Malay-English Dictionary susunan R.J. Wilkinson dari sudut etimologi

Pengarang

  • Nathesan S Open University Malaysia, Malaysia

Abstrak

Kajian tentang etimologi bahasa Melayu amat terhad berbanding dengan kajian-kajian lain. Barangkali, kekurangan dokumen dan bahan lama mematahkan semangat pengkaji yang berminat untuk mengendalikan projek etimologi. Salah satu sumber yang cukup baik untuk kajian etimologi ialah kamus-kamus lama. Justeru, kajian ini merupakan satu percubaan untuk mengkaji sebuah dokumen lama, An Abridged English-Malay Dictionary iaitu sebuah kamus dwibahasa yang diusahakan oleh R.J. Wilkinson seratus tahun dahulu. Antara maklumat yang diteliti ialah asal usul bagi kebanyakan kata pinjaman dalam bahasa Melayu, perubahan bentuk perkataan ketika dibandingkan dengan bentuk terkini, serta perubahan makna yang dialami oleh perkataan ini dalam peredaran masa. Diharapkan maklumat yang diperoleh daripada dokumen lama ini akan memberi sedikit sebanyak pengertian dalam etimologi Pengajian Melayu.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2009-12-07